PEMBACA SETIA BLOG SAYA

Sunday, January 22, 2012

PASARAN WANG


Pasaran Wang
Sejenis aktiviti yang membolehkan penemuan permintaan dan penawaran jangka pendek.

 
Ciri-Ciri

1.    Sejenis aktiviti dan bukan satu tempat
2.    Hanya alat hutang sahaja yang diniagakan
3.    Berjangka pendek dan kecairan tinggi
4.    Pembeli dan penjual tidak bersekemuka kerana urusniaga dikendalikan oleh broker atau perantaraan lain.
5.    Berbentuk borong kerana melibatkan nilai yang besar.
6.    Peserta utama ialah institusi kewangan tertentu
Fungsi

1.    Membolehkan institusi kewangan mengubahsuai portfolio dana mereka dalam jangka pendek
2.    Mekanisma untuk menyebarkan kesan daripada langkah dan dasar kewangan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.
Alat-alat Pasaran Wang
Bil Perbendaharaan (Treasury Bills)
Hutang kerajaan yang diterbitkan melalui Bank Negara Malaysia untuk membiayai perbelanjaan operasi tahunan kerajaan.
Kelebihan:

1.    Adanya jaminan kerajaan
2.    Tempoh matang yang singkat
3.    Mudah ditukar milik
Bil Dagangan (Trade Bills)
Diterbitkan oleh syarikat swasta dan terhasil daripada sesuatu urusniaga yang telah dilaksanakan
Penerimaan Jurubank
Untuk meningkatkan kualiti sesuatu bil dagangan, bil tersebut boleh dihantar kepada sesebuah bank untuk disahkan dan diakui penerimaannya.
Sijil Deposit Boleh Niaga
Sijil deposit tetap yang tidak mencatatkan nama pendeposit dan ianya boleh diniagakan dengan tempoh kematangan 3 bulan hingga 3 tahun.
Dana Pasaran Antara Bank
Tempat di mana bank-bank pinjam menimjam antara satu sama lain bagi menampung ketidakcukupan dana.

0 komen kot!!!:

PING BUSUK WIDGET